Ketua Wilayah

Assalamualaikum

PEWARTAAN REGION DAN JAJAHAN RASMI EXORA OWNERS’ CLUB MOTORSPORT (EOCM)

Merujuk kepada Garis Panduan, Peraturan dan Undang-Undang Kecil EOCM – Garis Panduan Penubuhan Jajahan atau Daerah EOCM yang telah dikeluarkan pada 5 Disember 2015, EOCM dengan ini mewartakan hanya 50 jajahan rasmi sehingga kini termasuk Putrajaya.

Dimaklumkan juga bahawa AMT telah memutuskan untuk mewujudkan Region yang menggabungkan pengurusan negeri2 mengikut zon masing2 dengan diketuai oleh seorang Head of Region (HOR) yang dilantik oleh AMT.

Mana-mana Negeri atau Jajahan atau Daerah perlu mendapat keizinan daripada pihak Pengurusan EOCMotorsport melalui HOR masing2 sebelum menggunapakai logo EOCMotorsport. Ini adalah bagi menjamin kualiti dan nilai logo tersebut.

Sehubungan itu, mana-mana jajahan atau komuniti yang tidak diwartakan di bawah EOCMotorsport adalah tidak layak menggunapakai logo EOCMotorsport pada apa jua penganjuran acara, baju atau sebarang tujuan promosi. Jajahan atau komuniti tidak diwartakan ini juga adalah dilarang sama sekali menganjurkan sebarang acara di bawah logo EOCMotorsport.

Sekian.

PROUD TOGETHER

Rafiuddin Abd Razak
Presiden
Exora Owners’ Club Motorsport (EOCM)
3 April 2019