MPV ALZA (PRODUA) vs EXORA (PROTON) vs CHERRY (CHINA)

siti2u:
Salam…

Kita sendiri tahu..MPV jenis ALZA, EXORA & CHERRY yang tgh top diperkataan skg (pemilihan ini berdasarkan pendapat di kalangan kwn2)…Nak tanya…apa pendapat kengkawan, diantara MPV ALZA, CHERRY dan EXORA mana yang lebih bagus dari segi kemudahan &  keselesaan? dan apakah keburukkan diantara ketiga-tiganya?

Gua Rock:
topik menarik ni… paktam pun nak dengar juga apa komen… }045 }045
siti2u:
Ni komen daripada kwn2…

Semua model keluaran Proton spt Persona, Waja model baru, Gen-2 model baru, Exora ada ciri2 spt pollen filter atau internal aircond filter kat tepi blower fan bawah dashboard mcm kereta keluaran Citroen Xantia yang saya sebutkan tadi. Jadi jika fan aircond model2 ni jadi slow sbb kotoran atau habuk, cuma buka penutup filter kat bawah dengan dua kali “click” dan pengguna dah boleh tarik keluar pollen filter tu, bersihkan filter tu dengan air sabun, keringkan dan pasang balik, nescaya angin dari blower fan tu akan laju macam 2-3 hari baru beli atau servis aircond tu. Model keluaran Proton juga, jika nak akses cooling coil tak payah londeh semua dashboard macam model Perodua, so jimat kos, kerja lebih mudah dan menyelematkan kompenen plastik kat dashboard sebab jika dah buka pasti ada yang akan patah dan mungkin longgar dan menyebabkan dashboard mengeluarkan bunyi semasa kereta sedang dipandu.

Moga tips ini membantu kengkawan semua buat pilihan mana satu produk lebih baik antara kedua2 kereta nasional tersebut….

siti2u:
Contoh kebaikkan & keburukkan PROTON MPV EXORA…

Kebaikkan..
– exora punya viper kalau on dia ikut kelajuan keta..makin laju keta makin laju viper jalan…camtu jugak kalau sebaliknya…viper belakang lak kalau masuk gear mengundur..viper belakang oto jalan…
– Minyak memang saving
– Enjin 1.6 campro CPS dengan 125 kuasa kuda
– Senang nak naik bukit

Keburukkan…

1) Bunyi “kluk”kat absorber depan belakang bila langgar lubang(ter) (saja langgar lubang nak dengar bunyi kluk
2) Bunyi tut-tut……….. kecil kat enjin macam angin tersumbat bila tutup ekon dan radio, SC kata semua exora ada bunyi motobot
3) pemegang buka Pintu sebelah driver rasa ketat sikit nak buka
4) penutup tangki air cermin putus
5) lepas servis 1k spring belakang ada bunyi keyot
6) Engin bunyi agak kasar walaupun pun guna syntium 800 munkin kena guna fully sintetik sebab dalam manual kena guna minyak 15 / 30
7) lampu kabin belakang x nyala lepas ketuk terus nyala (takut dia)
 picit control pelan-pelan taknak fungsi tekat kuat baru idup pastu jauh sikit pun tak leh
9) ada juga sekali bila cabut kunci lock pintu tak naik macam kunci tak disconnet dengan lubang dia pastu arlam tak fungsi pastu lepas guna 2/3 kali ok lak…
ekon nak sejuk sebelah kiri kurang sejuk sebelah kanan (pemandu) tak nak sejuk tekan butang lampu biru, nak angin luar tekan butang lampu merah..nak elak gangguan radio bila tonton DVD cuba set chennel yang stesen radio tak guna
bila conner tertekan butang autocruse ….

JAWAPANNYA:

dont worry, masalah tu mmg akan ada sbb kereta baru…sebenarnya Exora tidak ada masalah besar yg melibatkan sistem enjin ataupun elektrikal…oleh itu jangan takut…proton sudah bagi waranti sehinga 5 tahun@175.000km…hantar je kat Proton Edar Subang Jaya kerana di sana semua Teknikal person yang bertauliah dapt terus memberi nasihat. Waktu urusan rasanya 8.30 pagi hingga 5.30 ptg. Hari Sabtu 8.30 pagi hingga tengahari.

siti2u:
Contoh Kebaikkan dan keburukkan Chery Easter MPV

Kebaikkan:
– Enjin Mitsubishi
– Dalam memang luas dan besar
– Enjin dia pakai 2400 liter GDI Grandis
– power – enjin 2.4 mna nak dpt ghege ni
– mentenen x perlu riso – enjin mitsubishi melambak kat mesia ni
– gear – manual ade auto ade, senang naik bukit masuk town
– Aircond memang power, cepat sejuk sampai belakang tak de problem
– Minyak memang saving

Keburukkan:
– kena check semua getah sebab ada  x sama dan air senang masuk dlm kereta disebabkan getah  x lurus…
– lampu depan tak clear…Jawapannya: kena buka plastik kat lampu
– Lampu kabus dan air senang masuk…Jawapannya: getahnya perlu ditukar
– Spring suspension ada bunyi masa nak masuk gear

*Jika ada masalah dan kerosakkan…sila pergi ke servis centre di petaling jaya*

Sumber : http://www.IklanLink.com

Website : http://www.exoramotorsport.com/
Blog : http://eocm-malaysia.blogspot.com/

EXORA OWNERS’ CLUB MOTORSPORT ( EOCM ) adalah sebuah Kelab Permotoran. Telah didaftarkan di bawah Akta Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( PJS ) di bawah naugan Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) pada 05 April 2012. No Sijil Pendaftaran : 5337/2012. Yuran keahlian peserta adalah sebanyak RM30.00 bagi keahlian Seumur Hidup dan TIADA Yuran Bulanan mahupun Yuran Tahunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *